Saturday, February 14, 2015

Orthonagthic surgery.


Deeban:  Najib dengan Siti nanti awak kena prepare slide dan cast model untuk bentang dekat Mr Lew nanti.

Aku: Oh shitt.

*dalam hati.

....

Tempoh hari datang seorang pesakit yang dirujuk dari klinik ortho taman botanik bagi mendapatkan rawatan pembedan ortonagtik. Pekejadah pembedahan ortonagtik ini ?

Mengikut kefahaman aku, orthonagthic surgery ini adalah pembedahan yang bertindak untuk mengubah struktur rahang mulut seseorang ke arah yang lebih baik, seterusnya melengkapkan tugasan braces meluruskan gigi yang sedia ada.

Tugasan bertemu dengan Mr Lew, specialist yang ada double speciality iaitu oral maxillofacial surgery dan orthodontics adalah umpama mimpi ngeri bagi setiap pegawai pergigian di jabatan bedah mulut hospital aku.

Lagi ngeri apabila kau yang fydo ini tiba-tiba ditugaskan untuk buat presentation.

Baru nak masuk tiga bulan dalam rotation Oral Surgery, rotation Ortho pun tak nampak bayang-bayang lagi.

GILA !

......

Saya tak minat kanser, trauma ni semua. Saya target untuk tourism-market punya. Jadi sebab itu saya pilih bidang ni.

Kalau you buat orthonaghtic surgery, you tak fikir pasal occlusion semua. you lebih pentingkan aestetik dia, you kena detail dengan setiap ukuran, gambar, acuan yang diambil. Sikit sahaja lari, result pembedahan pun akan lari ma !


pesan Mr Lew.

Klinik Mr Lew ada dekat damansara berhampiran sangat dengan IOI Mall. Bila aku tahu kena drive sendiri pergi sana, kelam kabut aku cari bekalan waze untuk pandu perjalanan. Kalau tak boleh sesat, member aku pelik dia ingat aku ni budak bandar sangat ke nak tahu ou semua dekat mana. Dia tak tahu aku ni cicak dalam tempurung.


......

Sebaik sahaja masuk bilik Mr Lew, Dr Nury terus perkenalkan aku dan siti sebagai FYDO. Mr Lew terus macam berubah ekpresi muka yang aku kira kurang expectation dari kami.

Senior cakap Mr Lew akan cakap lepas semua, mencarut bagai. So kena tebal muka dan pekak telinga. Aku dah sedia.

Syukur tuhan, berbekalkan doa dan muka innocent lagi ke'fydo'an aku dan siti, Mr Lew memutuskan untuk lebih mengajar kami berbanding 'memaki' kami.

Ramai officer-officer sebelum ini dengarnya kena maki sebab buat tak ikut apa dia nak.

Lega, sumpah lega.  Berkat baca salawat yang aku baca hari jumaat semalam. Bertalu-talu aku baca.


...


Aku kena asah bakat dalam buat presentation. Aku rasa presentation aku tak berbakat, ayat kelam-kabut, point pun berlari terkedek-kedek.

Kau kena yakin dengan diri kau. Kau tahu kau loser, tapi kau jangan lose hope dengan Yang Maha Esa.







No comments:

Post a Comment