Tuesday, February 10, 2015

Annoying



" Lepas awak clerk patient lagi satu, baru boleh awak pergi klinik. Saya tak puas hati cara awak examine patient " pesan seorang permanent officer kepadaku petang tadi.

Dua kes referral yang datang tak diduga, buat aku resah. Yalah aku dah janji nak ketemu patient ortho pukul 2 petang tadi. Dekat handphone dah ada mesej dari hamizah kata patient dah sampai. Aku nak cepat, patient katanya tak boleh lama. Ada kerja.

Aku clerk macam biasa. Buat cepat-cepat sambil profesional. Berusaha tidak mengulangi kesilapan lepas, aku periksa. Aku tulis clerking. Lepas tu, minta izin pergi klinik.

aku dibebaskan.


...


Aku tak faham bila orang expect aku kerja macam dah setengah tahun kerja disitu persis dia atau officer lain. Bukan setakat setengah tahun, oral surgery tu pun posting pertama aku.

Kalau kena marah tu benda biasa, aku dah lali. Aku malas nak ambil hati. Kalau memang dah silap aku, tak mengapa. Tapi kalau memang mengada-ngada cari kesilapan orang, itu memang bab1.

Jadi fydo ni kena tabah, kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan bajet tahu. Jadi senior pula jangan menggelabah, kalau dah tahu ajar yang tak tahu, jangan bajet dulu masa fydo power macam sekarang.

Padahal sama.

....

Kita kalau nak tegur orang, pastikan diri kita juga sempurna. Kalau tak sempurna pun, pastikan dalam keadaan yang terbaik. Jangan tegur orang lain macam haram jadah, lepas tu kau pula kena tegur sebab kerja tak teratur.

Tegur mengajar, dan tegur tunjuk power itu lain kakak.

sila bezakan.

tak salah nak tegur, tapi beradab caranya. Kenapa dulu dah puas kena buli dengan orang, nak buli orang lain pulak?

lemah.

No comments:

Post a Comment