Thursday, October 25, 2018

Chapter 1 : Mengenali Personaliti Diri Sendiri.



Sejak minggu lepas lagi, abang dan kakak ipar aku dah ajak join satu program talk dekat Agensi Takaful yang dorang berkhidmat.

Aku macam malas, kali terakhir aku join talk talk macam ni, adalah dekat Uni, itu pn rasa macam tak kemana kepentingan dia. Masa dekat sekolah kerap join, masa tu jiwa membara-bara.

" Talk ni dapat bantu kau tentu career path kau. kau nak jadi macam mana dan bagaimana "

Jelas pendek abang aku, cuma umpan aku untuk datang. 

Aku pun acah-acah nak berubah jadi yang lebih baik dalam kehidupan, tak lama lagi, nak operate klinik sendiri. Mungkin ini peluang untuk aku belajar ?


...

Pendek cerita, aku join. 


Tajuk talk ada  " DISC - A personality Assesment " , yang bagi talk tu seorang cikgu berbangsa cina, Cikgu Li

Intro boek, isi boek, penutup boek.

Aku pun fokus sepanjang talk yang diberi.

...

Secara ringkasnya, DISC ini membahagikan manusia kepada 4 personaliti yang berbeza.

Personaliliti   DOMINANCE , INFLUENCE, STEADINESS, CONSCIENTIOUSNESS
penceramah menganalogikan personaliti ini secara ringkas sebagai EAGLE , PEACOCK, DOVE, OWL secara respektifnya.

Setiap personaliti ini mempunyai sifat dan sikap yang berbeza. 

EAGLE dikenali sebagai seorang yang Konfiden, Dominan, Kukuh pendirian, Tak zabar, dan bercita-cita tinggi, tak mau kalah.

PEACOCK pula dikenali sebagai seorang yang ramah, konfiden kalau bercakap dengan orang ramai, suka dipuji , mudah untuk memujuk orang, kaki ampu. oops.

DOVE pula dikenali sebagai seseorang yang mempunyai perasaan, pemalu, sensitif, kuat sentap, setia , dan sangat supportif, caring tentang masalah orang lain dengan perasaan.

OWL pula pula sesesorang yang suka bermain dengan nombor dan fakta. Boleh dikira sebagai pemikir lah ni. Diam-diam ubi berisi, sangat konservatif, analatik, sangat berhati-hati , dan tidak terlalu menonjol. Mereka pun pendengar yang baik, cuma dia letak logik lebih dari perasaan,

...

Pengakhiran talk, setiap orang diberi dua helai kertas  untuk diuji personaliti. Kami kena tick mana-mana perkataan yang paling dekat dengan isi hati dan naluri kami.

Lepas tick, kami akan kira bagi setiap column yang ada, mewakili keempat empat personaliti aku mention tadi.

Skor Aku ni lebih seorang DOVE berbanding EAGLE. Ad sikit owl dan peacock.

Setiap orang ada keempat empat personaliti ini, cuma yang membezakan adalah  berapa kuat personaliti itu dalam diri kita.

Aku dinasihatkan untuk menambah sikap EAGLE aku untuk maju dalam kehidupan. Kekurang sikap EAGLE dalam diri aku, mungkin membawa aku tida ke mana dalam dunia perniagaan dan hala tuju hidup.  Jika nak berjaya, kita kena berusaha dan berani merancang kehidupan sendiri tanpa mengharapkan orang lain.

Barangkali, hati ini sudah terlalu biasa menjaga hati orang lain, sehinggakan hati sendiri dan yang terdekat juga luka. Menjadi Dove itu baik, cuma jika disumbang  dengan EAGLE pasti lebih baik.

Aku pulang dengan pemikiran dan harapan, apa yang boleh aku EAGLEkan dalam hidup ini untuk aku terus maju.


Sekian.

No comments:

Post a Comment