Friday, July 3, 2015

Bedah Mulut.

Memandangkan semalam dan hari ini aku mendapat panggilan berturut-turut sebagai pasif oncall, aku mengambil keputusan untuk menunaikan hajat aku yang sudah  berkubur bulan lamanyapada malam ini.


Pengalaman empat bulan  posting aku di Jabatan Bedah Mulut, Hospital Klang itu adalah satu pengalaman emas yang kau tak boleh diganti dengan wang ringgit mahupun gadis cantik.

Pedih tak terperi, apabila kau tahu yang ‘jodoh’ pertama kau dipermulaan FYDO adalah bertugas di jabatan yang paling sibuk dalam pergigian , pula terletak di hospital paling sibuk di lembah klang.  Nak menyesal pun tak guna, hidup perlu positif dan sentiasa kehadapan, aku tekad.


hari pertama bekerja


Pertemuan

Hari pertama aku lapor diri adalah hari jumaat. Seusai tamat solat jumaat, aku majukan langkah menuju ke Jabatan Bedah Mulut yang terletak di Kompleks Rawatan Harian (ACC). Kehadiran aku disambut mesra  oleh matron  yang kemudian membawa aku mengelilingi klinik untuk berkenalan dengan warga pekerja.

Hari pertama aku dah ditempatkan duduk bersebelahan dengan Head of Department. Berbekalkan pengalaman cabut beberapa batang gigi, dan tak pernah assist minor oral surgery , removal of wisdom tooth, aku jadikan modal itu sebagai jawapan setiap persoalan yang beliau lontarkan. Aku sempat menzahirkan perasaan gusarku tentang pengalaman yang aku miliki. Namun HOD aku tetap positive dan supportive. Beliau pesan, mafhumnya ‘ Don’t worry you can learn everything here, as long as you have effort to learn, there will be no problem !’
Pedih tak terperi aku sudah sedikit kebas. Aku mula rasa lega dan semangat.


Tagging

Tagging ini benda wajib bila kau masuk department baru. Tagging berfungsi memberi pendedahan dan gambaran kepada kita apa tugas yang kita harus lakukan. Dekat sini, aku dikehendaki memenuhi  dua minggu tagging, dimana satu minggu itu aku tak boleh ‘break’ pun satu hari, kiranya 24 jam selama tujuh hari aku dikira bertugas. Kalau waktu pejabat, aku kerja macam biasa. Puku 8 pagi hingga 5 petang. Tapi lepas 5 petang, sehingga 8 pagi esok. Aku kena standby dengan permanent officer yang oncall. Kalau ada kes, aku kena turun sekali.  Paling malang, tapi heaven bagi aku adalah, aku tak boleh balik seminggu tu. Kena duduk hostel yang disediakan. Heaven bagi aku sebab aku tak perlu kelam kabut nak drive pergi kerja, boleh jalan kaki. Malang sebab aku tak boleh enjoy tengok tv, lepak mamak, jumpa member semua. Sebenarnya boleh, tapi aku jenis malas dan sedikit skema, aku berkeputusan untuk berkurung dalam bilik sambil acah-acah buat revision.

Kau kena sedar, time tagging ni lah kau kena jadi orang paling muka tembok sekali untuk berani kata tidak tahu apa yang kau tak tahu. Sebahagian dari kita, belagak tahu tapi tak tahu. Bila tak tahu, dah habis tagging. Oncall sendiri, baru kelam kabut nak tanya officer yang lain macam mana macam mana tu.

Masa tagging, cuba sediakan buku kecil untuk buat catatan.  Dua minggu itu satu tempoh yang singkat. Dahulu seminggu, kini dua minggu. Syukur. Kau harus cuba manfaatkan sebaik mungkin. Sebagai freshgraduate bidang pergigian, aku akui bila bekerja dekat hospital, banyak benda yang baru kau nak kena belajar, especially yang berkait rapat  term-term medical. Sebelum itu, cuba familiarize kan bidang tugas kau sebagai dental officer of Maxillofacial Department !




Kompleks Rawatan Harian


Jangan ego masa tagging. Aku dekat hospital klang, banyak senior yang baik hati, suka uji-bakat aku dengan ilmu-ilmu asas oral maxillofacial macam berkaitan beza abscess dan cellulitis, management of trauma, anatomy head and neck, dosage ubat yang aku selalu lupa. Pantang larang merawat pesakit yang medically compromised dan sebagainya. Mula-mula rasa stress, tapi lama-lama kau tahu benda ni untuk kebaikan kau. Walaupun aku asik kena sembur sebab lupa. Sebab kena sembur lah setakat ni Alhamdulillah aku ingat lagi ( lepas ni lupaaa balikkk )

Masa tagging juga, kau harus volunteer kan diri kau untuk mencuba. Cuba ambil darah, cuba set branula, Cuba jahit mulut orang, cuba pasang arch bar, cuba buat MOS, cuba rawat lock-jaw, cuba buat wound toilet untuk patient dan sebagainya. Tak payah tunggu senior suruh, kau mintak permission. Lepas tu cakap ‘tolong ajar saya, saya nak belajar ‘ tak rugi pun. Depa tak kedekut ilmu, depa akan tunjuk ang kalau ang betul-betul nak belajar.

Tapi advise aku, jangan terlalu annoying sangat semua benda kau nak tanya, cuba cuba lah google sendiri bila kelapangan. Penat officer nak suap kita semua.

Seusai tamat tempoh dua minggu tagging, aku diserapkan di dalam team yang kekurangan officer. Setiap minggu ada tiga team yang bersilih ganti tugas mereka, group pertama perlu  menjaga urusan pesakit di ward, team kedua mengurus rawatan pesakit luar (out-patient), dan yang team ketiga pula bertugas di dewan bedah (operating theatre)



Hari pertama tagging

Aku lapor diri hari Jumaat, tapi aku start tagging hari isnin seterusnya. Pagi-pagi lagi Yang Menyelia (YM) sudah  arahkan untuk pergi ke Red Zone di Jabatan Kecemasan, tagging bersama officer oncall pagi itu.

Sampai sahaja disana, aku di’saji’kan pesakit yang meronta-ronta di atas katil, kelihatan sekumpulan manusia berlabcoat mengelilingi katil tersebut. Barangkali student attachment aku fikir sebab dekat labcoat mereka terlekat lencana university.

Aku teruskan tugas aku.

Terkulai seorang lelaki india, yang memiliki multiple slashes pada tubuh badannya. Dari betis kaki hingga ke kepala. Dipercayai diserang oleh kaum kerabatnya sendiri atas motif yang kurang jelas, mungkin ada unsur balas dendam. Bahagian kaki dan badan kami tak usik, itu bidang surgical atau ortho. Yang kami usik adalah bahagian muka dan kepala.

 Garisan luka dalam sepanjang 10 cm bermula dari left temporal region, melintasi fronto-zygomatic suture, melingkari terus ke maxilla dan tamat di bibir atas. Apabila aku cakap dalam, memang betul dalam, sampai biji mata boleh terkeluar, maxillary sinus kelihatan, hard palate dalam mulut pun terbelah dua. Cuba bayangkan !

Aku tak pandai buat apa. Aku hanya mampu tolong sediakan peralatan, retract tissue, dan potong benang jahitan. Dalam waktu itu, aku cuba nikmati dan pelajari usaha senior akuuba menjahit semula lingkaran luka yang panjang sambil disaksikan oleh sebilangan manusia berlabcoat yang aku sembang tadi.


Hari pertama, sudah dijemput ke red zone, sewaktu itu aku dah terbayang apakah yang akan berlaku dekat diri aku untuk baki 29 hari 3 bulan lagi.   

Nightmare !



luka dia lebih kurang macm ni, tapi lagi atas sikit sampai hidung dan tepi mata, dan lagi dalam
*gambar  google*

Sambungan.

Kalau nak  cerita semua dalam satu  post memang panjang. Aku ambil keputusan untuk putus putuskan kan pengalaman bekerja di JBM, HTAR pada post-post yang akan datang berkaitan  tugas team ward, pengalaman menangani out-patient, dan drama di dalam operating theater !



2 comments: